Bila memandang awan dilangit xpernah lupa insan di bumi

Amboi Am sedapnyer makan...Kelihatan Tn Hj Hanafiah Pengurus Besar PKBF, Yb Dato' Hj Shafik fauzan Exco pelancongan Negeri dan pegawai-pegawai dari agensi berkaitan di Smokehouse.
Kenyamanan dan kepelbagaian flora dan fauna ditambah pula dengan suhu sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius ada ketikanya mencecah sehingga 16 darjah celcius dan Dengan jolokan “Little England” dan tinggalan seni bina kedesaan Inggeris, menjadikan Bukit Fraser terus popular sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi. Kunjungan pertama saya ke Bukit Fraser pada lebih 10 tahun lalu masih lagi segar dalam ingatan.
Peristiwa saya bertemu dengan “Fraser “ yang hilang di Bukit Fraser tentunya tidak dialami oleh semua orang…Melihat “Fraser “ berendam dalam “Bath tab” disalah sebuah banglo disini menyeramkan saya…

Rombongan kami menginap di salah sebuah banglo yang ada disitu...Saya dudok bertiga dalam sebuah bilik..lebih kurang pukul 6.30 petang kami bersiar-siar disekitar Bukit Fraser.
Entah mengapa hati saya cukup tertarik dengan keindahan 3 kuntum bunga yang sedang mekar berkembang yang seolah-olah melambai saya untuk mendekatinya...

Saya amat teruja...akhirnya 3 kuntum bunga itu saya petik dan letakkan dala
m bilik air di bilik penginapan kami...

Jam 2 pagi saya ke bilik air...alangkah terkejutnya saya bila melihat seorang "Mat Saleh" sedang berendam dengan air sabun sambil berehat dengan mata terpejam dalam "Bath Tab" tanpa menghiraukan kehadiran saya...
Tiba-tiba bulu tengkok saya berdiri dan denyutan jantung semakin kencang...jeng jeng jeng...saya ketakutan...lari keluar sambil mengejutkan rakan saya Rafitah yang sedang lena tidur...kami ke bilik air untuk melihat apa yang berlaku...
Tapi..."Mat Saleh" dan buih-buih sabun tadi dah hilang...malah tak ada setitik air pun dan bath tab kering kontang...
Malam itu saya tak dapat melelapkan mata sehingga pagi...terasa saperti ada orang memerhati dan memanggil-manggil nama saya...cukup menyeramkan ...
Akhirnya 3 kuntum bunga yang saya petik saya buang ke dalam tong sampah diluar...selepas itu saya tak berani lagi untuk mengambil bunga, daun atau batu-batu sekalipun...mungkin ia milik "orang".
Itu lah kenangan paling manis dan misteri yang pernah saya alami .

Tapi itu kisah lampau...kisah lama ...kini Bukit Fraser perlu di kunjungi terutama kepada pencinta keindahan alam semulajadi...
Kini saya sekali lagi ke Bukit Fraser dengan harapan tidak lagi berjumpa “Fraser”.
Bersama rakan-rakan iaitu Ainal, Amzari , Nordin dan Shuhada dengan menaiki Van Tourism Malaysia, kami melalui jalan sempit sepanjang lapan kilometer sebelum sampai ke puncaknya setinggi 1,524 meter.
Tetapi laluan ini hanya boleh direntas sejam sekali untuk naik dan turun bermula 6.30 pagi hingga 7 petang. Kami sampai di Bukit Fraser agak lewat sedikit iaitu pada jam 7.30 malam.
Wah! terpegun dengan keunikan seni bina lama, nak tau ….sebahagian binaan di sini sudah menjangkau usia ratusan tahun.
Antaranya balai polis yang dibina pada 1919 dan pejabat pos. Dan anda juga tentu tahu, seperti mana bandar Rom lama, Bukit Fraser dibina di atas tujuh bukit.
Selain terkenal dengan hutan hijau dan lokasi untuk aktiviti kembara, Bukit Fraser juga adalah pusat “mengintai” burung yang terbaik di Malaysia selain Tanah Tinggi Cameron, P
ahang dan Kinabalu Park, Sabah.
Dengan keluasan 2804 hektar merentas Banjaran Titiwangsa, Bukit Fraser adalah istana hinggap kepada 270 spesies burung tanah tinggi dengan 64 daripadanya spesies “imigran” yang datang dari Eropah, Siberia, Cina, India juga Finland pada setiap September hingga Mac.
Kami juga berpeluang mengintai dan mendengar siulan burung yang amat menenangkan jiwa.Sayangnya ketika itu saya hanya dapat melihat burung helang yang berlegar-legar di angkasa.
Tetapi bukan itu saja yang menarik di Bukit Fraser . Kami juga sempat mengikuti aktiviti merentas hutan di laluan Hemmant.
Walaupun tidak berkesempatan merentas tujuh lagi laluan khas, antaranya Laluan Abu Suradi, Laluan Bishop dan Laluan Rompin .
Perjalanan yang mengambil masa lebih sejam itu bermula di pekan kecil Bukit Fraser dan akan berakhir di situ juga.
Sambil merentas denai, memanjat akar dan melalui lecak dan jalan licin, perjalanan selama satu jam ini memberi kami masa untuk berkenalan dengan hutan hijau yang langsung tidak terusik dengan kepesatan pemodenan.
Kami juga sempat ke Air Terjun Jeriau tetapi oleh kerana masa yang singkat kami tidak sempat untuk bermain air dan bermandi manda walaupun tidak ada pengunjung ketika itu.
Nak membuang sampah tak ada masalah kerana tong sampah disediakan, begitu juga dengan kemudahan surau dan tandas.
Alhamdulillah kunjungan saya kali ini tiada cerita misteri…
Tiada lagi "Fraser"...
Tengoklah gambar-gambar kami di Bukit Fraser...

Tengok...Shoows kesejukan...x sejuk ler...

Jom minum Ainal...

Inilah dia scone...Hmmm...sedap...rasa macam dok kat London lak...
Bersama dengan pemandu pelancong dalam perjalanan ke Air Terjun Jeriau...

Sungguh indah...
Di Hotel Eksklusif disana
Cantiknyer Air Terjun Jeriau

Di Menara Jam
(sanggup panjat sebab nak posing...pegang kuat2...takut jatuh...)
Suhu sehingga 16 darjah celcius tapi xlah terasa sangat sejuknya...Pengalaman ini dipaparkan menerusi rancangan Kenali pahang...

No comments:
Post a Comment