JOM JALAN-JALAN BERSAMA ROKIAH...JOM...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Menerusi rancangan "Kenali Pahang" yang saya terbitkan di Radio Malaysia Pahangfm pada setiap hari Khamis jam 9.15 pagi hingga 10.00 pagi , saya cuba ceritakan mengenai pengalaman meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Pahang yang bertuah ini...



Bila kita melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah, kita pastinya akan sentiasa bersyukur dan teramat sayang dengan khazanah kurniaan yang tidak ternilai harganya...



Rancangan ini diterbitkan dengan kerjasama PELANCONGAN Negeri Pahang ...terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Yb Dato' Haji Shafik Fauzan bin Shariff, juga kepada YH Dato' Haji Hashim b Mat Tahir Pengurus Lembaga Pembangunan Tioman, YH Dato' Haji Md Hanafiah b Abu Talib Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, En. Amran Abd. Rahman, Pengarah Tourism Malaysia negeri Pahang dan Tuan Haji Edros b Yahya Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Pahang dan kakitangan.



Terima kasih kepada Pengarah Penyiaran yang baru Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abd. Razak , Timbalan Pengarah Puan Zuraida dan mantan Pengarah Penyiaran Tuan Haji Fakrur Razi b Ismail. Harap anda tak jemu mengikuti perjalanan saya menerusi Kenali Pahang

di Radio Malaysia Pahangfm.



Alamat :

Jabatan Penyiaran Negeri Pahang,

Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) Peti Surat 152,

25710 Kuantan,Pahang Darul Makmur.



Tel :+609 - 514 5655+609 - 513 1655

Fax :+609 - 514 3613-5143621



Frekuensi Radio :

104.1 MHz dari Kuantan

107.5 MHz dari Pahang Barat( Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain.

92.7 MHz dari Jerantut

91.9 MHz dari Rompin

100.3 MHz dari Cameron Highlands

92.0 MHz dari Maran

Teruskan mendengar Radio Malaysia Pahangfm Satu Pilihan.



Pautan: http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/events/default.asp http://www.utusan.com.my/

http://www.bharian.com.my/

http://facebook.com/kak.rok



Thursday, May 28, 2009

Pemenang Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg. Pahang 2009

Yang Berhormat Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan,Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang.

Berakhir di Pekan River Front,tamatlah sudah ekspedisi untuk tahun ini, tahniah kepada penganjur iaitu Kerajaan Negari Pahang menerusi PKBF yang telah berjaya menganjurkan ekspedisi kali ini.
Pengerusi J/Kuasa Pelancongan negeri YB Dato' Hj Shafiq Fauzan berpuashati dengan penganjuran kali ini cuma katanya akan cuba memperbaiki kekurangan yang mungkin ada.


Penutup program di Pekan cukup meriah dengan penganjuran beberapa jenis sukan airnya tangkap itik, panjat tiang licin dan berbagai lagi yang mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat tempatan.

Saya membuat rakaman majlis tersebut dan temuramah dengan pemenang... panaslah wei...tak sempat makan nak kejar untuk temuramah...takpe lah... tugas diutamakan... demi untuk mendapat bahan.
Bukan nak mengejar Anugerah Cemerlang...
Sapeee...lah kita ni kan! Kerja pun masih tak berapa tau...

Tahniah kepada Pemenang iaitu :

ANUGERAH TOK BAHAMAN (Kategori Terbaik Keseluruhan)
Johan - Majlis Bandaraya Johor Bharu C

N. Johan - Umno Cawangan Cameron Highlands
ANUGERAH MAT KILAU ( Kategori IPTS/IPT)
Johan - Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS B )
N. Johan - SUKSIS Universiti Malaysia Pahang (UMP)
ANUGERAH TEJA (Kategori Rakit Tercantik)

Majlis Bandaraya Johor Bharu A
ANUGERAH INDERAPURA ( Kategori Hentian Terbaik Keseluruhan)
Johan- Kg. Kuala Triang
N.Johan - Kg. Bru Salong
Ketiga - Kg.Ganchong
ANUGERAH KHAS JURI 1

Tahniah untuk semua pemenang.

Wednesday, May 27, 2009

Pengalaman di Kg. Salong


Seawal jam 5.00 petang kami dari RTM Pahang tiba di hentian di Kg. Salong untuk menunggu ketibaan perakit-perakit Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009.
Dijangkakan mereka akan tiba jam 6.00 petang dari Chenor Maran dengan jarak perjalanan sejauh 54 km dan anggaran masa perjalanan 10-11 jam.
Jam 5.35 petang muncul sebuah rakit milik Majlis Bandaraya Johor Bharu (C)sebagai rakit pertama tiba dan selepas itu muncul rakit Panglima Hitam milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM).
Sayangnya rakit-rakit tersebut mendarat disebuah pulau di seberang sana jadi kami terpaksa menaiki bot untuk menemui dan menemuramah perakit-perakit tersebut.Mujurlah Pkbf menyediakan bot untuk saya, Norzie, Patonah, Amzari dan seorang wartawan dari majalah cina dan kami kepulau tersebut rasa takut juga kerana air agak deras.
Pada sebelah malam kami turut serta menyaksikan persembahan kebudayaan daripada PENTARAMA Kem.Penerangan Malaysia disamping persembahan daripada masyrakat kg. Salong saperti persembahan nasyid, poco-poco dan juga tarian sewang daripada masyarakat orang asli disana...hampir jam 12 malam kami terpaksa beredar untuk pulang...
Wah... Pengarah Penerangan Pahang YH Dato Hjh Hasnah pun bersewang weh!!! kita pun nak sewang jugak!

Monday, May 25, 2009

Menikmati suasana Malam di Kg. Salong, Pekan


Teringat masa dulu-dulu...
Pagi ini (26/5/09 jam 9.00 pg hingga 12.00 tengahari ) saya konti mengganti tugas seseorang dan pagi ini saya akan meninjau perkembangan Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009, akan cuba menghubungi urusetia Ekspedisi Berakit...
Petang nanti saya bersama rakan teknik Norzie Awang dan krew Berita TV Fatonah dan Amzari akan ke Kg Salong, hentian ke 3 untuk membuat liputan aktiviti malam sempena program Berakit disana.

Sunday, May 24, 2009

Wah!!! banyak nye rakit di sungai Pahang...


Inilah dia Perahu Pancung atau Bot Panjang

Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009 telah pun bermula , majlis pelepasan telah dilakukan oleh YB Dato' Hj Shafik Fauzan Sharif, Exco Pelancongan negeri Pahang mewakili YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Adnan b Hj Yaakub di Esplanet Temerloh.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Dato' Saifudin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Yb En. Mohd Fadil b Osman, Adun Kemayan, YB En. Norol Azali b Sulaiman, Adun Guai, YH Dato' Dr Salehudin b Ishak Pegawai Daerah Temerloh dan YH Dato' Zulkifli b Hj Yaacob Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh.
Hampir 3 ribu orang ramai termasuk peserta membanjiri Esplanet Temerloh untuk sama-sama menyaksikan acara Berakit kali ini.
Saya dan rakan teknik Mahadi Che' Soh berpeluang menyusuri sungai Pahang dengan menaiki bot "Pancung" sambil itu saya juga membuat laporan secara lansung dan rakaman untuk rancangan ini termasuk menemuramah peserta yang sedang berakit...uuu panas nyer... makin gelaplah kulit i nanti...
Best tau dapat naik rakit yang cantik dihias dengan bunga kekwa pelbagai warna...biasalah...perempuan dengan bunga, mana boleh dipisahkan...sanggup melompat sebab nak naik rakit milik Majlis Bandaraya Johor Bharu yang dinaiki oleh Datuk Bandarnya Dato' Naim...cayalah Dato'.

Thursday, May 21, 2009

Moh Berakit di Sungai Pahang


Bermula esuk, 23 mei 2009 peserta " Ekspedisi Berakit Sungai Pahang 2009 "akan mula mendaftar dan Ekspedisi kali ini bermula pada 24 mei hingga 28 mei. Pelepasan akan dilakukan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan Sharif, Exco Pelancongan Negeri di Temerloh pada 24 mei 2009 dan Penutup akan di sempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada 28 mei 2009 di Pekan, Pahang.
Saya bersama rakan teknik Mahadi pun ikut sama untuk membuat laporan lintas langsung Ekspedisi tersebut... Moh ramai-ramai kita berakit.

Zoom Malaysia Travel Fair 2009


Zoom Malaysia Travel Fair Kuantan 2009

Bermula hari ini 22 mei hingga 24 mei 2009 berlangsung Zoom Malaysia Travel Fair di East Coast Mall Kuantan. Perasmian oleh Yb Dato' Haji Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang pada pukul 5.00 petang nanti...Datang ye!