Menerusi rancangan "Kenali Pahang" yang saya terbitkan di Radio Malaysia Pahangfm pada setiap hari Khamis jam 9.15 pagi hingga 10.00 pagi , saya cuba ceritakan mengenai pengalaman meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Pahang yang bertuah ini...
Bila kita melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah, kita pastinya akan sentiasa bersyukur dan teramat sayang dengan khazanah kurniaan yang tidak ternilai harganya...
Rancangan ini diterbitkan dengan kerjasama PELANCONGAN Negeri Pahang ...terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Yb Dato' Haji Shafik Fauzan bin Shariff, juga kepada YH Dato' Haji Hashim b Mat Tahir Pengurus Lembaga Pembangunan Tioman, YH Dato' Haji Md Hanafiah b Abu Talib Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, En. Amran Abd. Rahman, Pengarah Tourism Malaysia negeri Pahang dan Tuan Haji Edros b Yahya Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Pahang dan kakitangan.
Terima kasih kepada Pengarah Penyiaran yang baru Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abd. Razak , Timbalan Pengarah Puan Zuraida dan mantan Pengarah Penyiaran Tuan Haji Fakrur Razi b Ismail. Harap anda tak jemu mengikuti perjalanan saya menerusi Kenali Pahang
di Radio Malaysia Pahangfm.
Alamat :
Jabatan Penyiaran Negeri Pahang,
Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) Peti Surat 152,
25710 Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Tel :+609 - 514 5655+609 - 513 1655
Fax :+609 - 514 3613-5143621
Frekuensi Radio :
104.1 MHz dari Kuantan
107.5 MHz dari Pahang Barat( Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain.
92.7 MHz dari Jerantut
91.9 MHz dari Rompin
100.3 MHz dari Cameron Highlands
92.0 MHz dari Maran
Teruskan mendengar Radio Malaysia Pahangfm Satu Pilihan.
Pautan: http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/events/default.asp http://www.utusan.com.my/
http://www.bharian.com.my/
http://facebook.com/kak.rok

Thursday, June 12, 2014
Saturday, September 5, 2009
MAAFKAN SAYA
Disebabkan masaalah studio dan sistem rancangan Kenali Pahang x dapat keudara, sehingga diberitahu kemudian.
Saturday, August 1, 2009
LATA JARUM DI RAUB
Pagi ini 2 ogos 09 cerita kita mengenai Lata Jarum... Kunjungan saya sempena lawatan Yb Menteri pelancongan Dato' Sri Dr Ng Yen Yen dan Tourism Malaysia Negeri Pahang.
Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.
Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Saturday, July 25, 2009
Homestay 1 Malaysia
Sunday, July 19, 2009
Kawan-kawanku
Seawal pagi kami bertolak ke Genting Highlands Sempena Promosi Makanan Pahang yang di rasmikan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan HAl Ehwal Wanita Negeri Pahang.
Bersama-sama rakan Media dan Staff Tourism Malaysia di Genting,nak tau duduk di depan yang pakai baju Tourism tu Noni dari Tourism, cute kan! baju hijau tu Hadi dari RTM, berdiri kiri sekali tu Nordin dari Berita Harian, Irwan dari Tourism, Khalid dan Ben dari RTM, Ainal dari Berita Harian(bertudung hitam) tudung putih tu Akak ler....

Saturday, July 18, 2009
Di Semuji Resort
Pagi ini cerita tentang makan durian di semuji Resort, sedaaappp...tq UMP dan cik Salmah yang sudi ditemuramah..
Saturday, July 11, 2009
Cerita pagi ini 12 julai 09
Friday, July 10, 2009
Di Bukit Fraser...Ada citer seram ... Nak tau? bacalah!
Bila memandang awan dilangit xpernah lupa insan di bumi
Amboi Am sedapnyer makan...Kelihatan Tn Hj Hanafiah Pengurus Besar PKBF, Yb Dato' Hj Shafik fauzan Exco pelancongan Negeri dan pegawai-pegawai dari agensi berkaitan di Smokehouse.
Kenyamanan dan kepelbagaian flora dan fauna ditambah pula dengan suhu sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius ada ketikanya mencecah sehingga 16 darjah celcius dan Dengan jolokan “Little England” dan tinggalan seni bina kedesaan Inggeris, menjadikan Bukit Fraser terus popular sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi. Kunjungan pertama saya ke Bukit Fraser pada lebih 10 tahun lalu masih lagi segar dalam ingatan.
Peristiwa saya bertemu dengan “Fraser “ yang hilang di Bukit Fraser tentunya tidak dialami oleh semua orang…Melihat “Fraser “ berendam dalam “Bath tab” disalah sebuah banglo disini menyeramkan saya…

Rombongan kami menginap di salah sebuah banglo yang ada disitu...Saya dudok bertiga dalam sebuah bilik..lebih kurang pukul 6.30 petang kami bersiar-siar disekitar Bukit Fraser.
Entah mengapa hati saya cukup tertarik dengan keindahan 3 kuntum bunga yang sedang mekar berkembang yang seolah-olah melambai saya untuk mendekatinya...

Saya amat teruja...akhirnya 3 kuntum bunga itu saya petik dan letakkan dalam bilik air di bilik penginapan kami...
Jam 2 pagi saya ke bilik air...alangkah terkejutnya saya bila melihat seorang "Mat Saleh" sedang berendam dengan air sabun sambil berehat dengan mata terpejam dalam "Bath Tab" tanpa menghiraukan kehadiran saya...
Tiba-tiba bulu tengkok saya berdiri dan denyutan jantung semakin kencang...jeng jeng jeng...saya ketakutan...lari keluar sambil mengejutkan rakan saya Rafitah yang sedang lena tidur...kami ke bilik air untuk melihat apa yang berlaku...
Tapi..."Mat Saleh" dan buih-buih sabun tadi dah hilang...malah tak ada setitik air pun dan bath tab kering kontang...
Malam itu saya tak dapat melelapkan mata sehingga pagi...terasa saperti ada orang memerhati dan memanggil-manggil nama saya...cukup menyeramkan ...
Akhirnya 3 kuntum bunga yang saya petik saya buang ke dalam tong sampah diluar...selepas itu saya tak berani lagi untuk mengambil bunga, daun atau batu-batu sekalipun...mungkin ia milik "orang".
Itu lah kenangan paling manis dan misteri yang pernah saya alami .

Tapi itu kisah lampau...kisah lama ...kini Bukit Fraser perlu di kunjungi terutama kepada pencinta keindahan alam semulajadi...
Kini saya sekali lagi ke Bukit Fraser dengan harapan tidak lagi berjumpa “Fraser”.
Bersama rakan-rakan iaitu Ainal, Amzari , Nordin dan Shuhada dengan menaiki Van Tourism Malaysia, kami melalui jalan sempit sepanjang lapan kilometer sebelum sampai ke puncaknya setinggi 1,524 meter.
Tetapi laluan ini hanya boleh direntas sejam sekali untuk naik dan turun bermula 6.30 pagi hingga 7 petang. Kami sampai di Bukit Fraser agak lewat sedikit iaitu pada jam 7.30 malam.
Wah! terpegun dengan keunikan seni bina lama, nak tau ….sebahagian binaan di sini sudah menjangkau usia ratusan tahun.
Antaranya balai polis yang dibina pada 1919 dan pejabat pos. Dan anda juga tentu tahu, seperti mana bandar Rom lama, Bukit Fraser dibina di atas tujuh bukit.
Selain terkenal dengan hutan hijau dan lokasi untuk aktiviti kembara, Bukit Fraser juga adalah pusat “mengintai” burung yang terbaik di Malaysia selain Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Kinabalu Park, Sabah.
Dengan keluasan 2804 hektar merentas Banjaran Titiwangsa, Bukit Fraser adalah istana hinggap kepada 270 spesies burung tanah tinggi dengan 64 daripadanya spesies “imigran” yang datang dari Eropah, Siberia, Cina, India juga Finland pada setiap September hingga Mac.
Kami juga berpeluang mengintai dan mendengar siulan burung yang amat menenangkan jiwa.Sayangnya ketika itu saya hanya dapat melihat burung helang yang berlegar-legar di angkasa.
Tetapi bukan itu saja yang menarik di Bukit Fraser . Kami juga sempat mengikuti aktiviti merentas hutan di laluan Hemmant.
Walaupun tidak berkesempatan merentas tujuh lagi laluan khas, antaranya Laluan Abu Suradi, Laluan Bishop dan Laluan Rompin .
Perjalanan yang mengambil masa lebih sejam itu bermula di pekan kecil Bukit Fraser dan akan berakhir di situ juga.
Sambil merentas denai, memanjat akar dan melalui lecak dan jalan licin, perjalanan selama satu jam ini memberi kami masa untuk berkenalan dengan hutan hijau yang langsung tidak terusik dengan kepesatan pemodenan.
Kami juga sempat ke Air Terjun Jeriau tetapi oleh kerana masa yang singkat kami tidak sempat untuk bermain air dan bermandi manda walaupun tidak ada pengunjung ketika itu.
Nak membuang sampah tak ada masalah kerana tong sampah disediakan, begitu juga dengan kemudahan surau dan tandas.
Alhamdulillah kunjungan saya kali ini tiada cerita misteri…
Tiada lagi "Fraser"...
Tengoklah gambar-gambar kami di Bukit Fraser...
Tengok...Shoows kesejukan...x sejuk ler...
Jom minum Ainal...
Inilah dia scone...Hmmm...sedap...rasa macam dok kat London lak...
Bersama dengan pemandu pelancong dalam perjalanan ke Air Terjun Jeriau...
Sungguh indah...
Di Hotel Eksklusif disana
Cantiknyer Air Terjun Jeriau
Di Menara Jam
(sanggup panjat sebab nak posing...pegang kuat2...takut jatuh...)
Suhu sehingga 16 darjah celcius tapi xlah terasa sangat sejuknya...Pengalaman ini dipaparkan menerusi rancangan Kenali pahang...

Thursday, July 9, 2009
Nyaman dan Indahnya Cameron Highlands
Kita suka makan tomato mentah tau...Azie dari Nst
Tenang nyer bila tengok bunga berwarna warni ...biarpun tanpa bau ...dapat menghilangkan segala kepenatan , resah gelisah dan kekecewaan...
Gambar kenangan sempena perasmian Hospital Baru Cameron Highlands oleh KDYMM Sultan Pahang
Kat Hotel...Bukan menung...tapi mengelamun kejap..
Hotel tempat penginapan kami
Pantang jumpa kamera... Ngan Wahida,Em,Azie,Ainal dan Atie. Lelaki sorang kat belakang tu Khalid Mamat...juruteknik RTM
Ya Allah cantikkk nyeeeer...
Ladang orkid ni di Lembah Bertam..dapat gak wat balik orkid tuh!
Ini Ladang Strawberi di Cameron Highlands
Segarnya salad
Kat ladang Strawberi
Bersama rakan-rakan wartawan di ladang Teh Boh
Sempena Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu Akak di tugaskan untuk membuat liputan perjalanan Pilihanraya bagi Parlimen Cameron Highlands, yang bestnya Parlimen ini terletak dalam 2 daerah iaitu Daerah Cameron dan Lipis...Akak kenalah buat liputan di 2 daerah tersebut barulah adil....
Pada hari pilihanraya boleh dikatakan keseluruhan daerah Cameron Highlands akak jelajahi bersama dengan S. Amran, ke Ringlet, Bertam , Kg Raja, Tanah Rata, ke Ladang dan lain-lain semua akak pergi untuk laporan Radio.
Ada kalanya seram juga bila terpaksa melalui jalan sempit yang berliku-liku dengan gaung yang dalam di tepinya..rasa nak putus nyawa...tapi Alhamdulillah semuanya ok...Cuma akak terjatuh masa naik bukit sebab jalan licin dan hari hujan tapi dek kerana tugas ...
pergi jugaklah...Itukan satu cabaran!!!
Akak berada di Dewan sehinggalah keputusan pilihanraya pada jam sebelas malam dan esuknya akak balik ke Kuantan...Banyak kenangan manis dan indah di Cameron Highlands.
Seterusnya akak berpeluang lagi ke Cameron Highlands semasa keberangkatan KDYMM Sultan Pahang dan selepas itu perasmian Zoom Malaysia oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang....

Ngan Azarita menunggang Kuda...Eh eh Gajah ler!
Temuramah penunggang gajah ...kira pilotlah...pegang kuat-kuat...nanti jatuh..
Ini gajah yang paling besar tau!!!
Ini dia orang Peranchis yang pandai cakap melayu...namanye Zachariah..
Memilih jugak yer!
Saya dan Azarita menunggang Kuda...eeee Gajah ler!
Best nyer dapat menunggang gajah ...kesian gajah...nasib kaulah gajah....
Kenangan di Kuala Gandah...
Friday, July 3, 2009
Masih di Tioman
Ahad ni ( 5 julai 09 )nak cerita pasal terkandas di Tioman...Sempat juga merakam pengalaman pahit manis di tengah lautan.Rasa takut? sikit2 la kot... sebab apa... confident dengan keselamatan di kapal Maritim KM Lang...Wah! bekas kapal perang TLDM...Orang kat kapal pening, Akak sibuk nak interview...Dapat juga interview penumpang ...dan Kapten Kapal...
Sunday, June 21, 2009
Ada lagi gambar
Tengok...En Rahimi menunjukan kehebatannya menjinakkan ular...
Amboi Cik Jah...seronoknyer!!!
Wah! hebatnyer Patonah...leh pegang ular..Nama ular ni Jessie...
Manjanyer Am ngan Muda tu...Nasib baik ada En Lah..
Nak kawan ngan rusa ke?
La.. kat Patonah pulak...agak-agak siapa lebih comel...Patonah ke burung tu...
Kali ini Amzari,Cik Halijah, En Rahimi dan Patonah lak posing ...
Banyak lagi gambar-gambar best
Apa tengok-tengok? macam tak pernah tengok rusa lak! (agaknya itulah kata hati si rusa)
Caya tak? ini mesti burung jantan...
Ini spesis tupai...
namanya Sugar Glider...kecilnya...
Tengok...Ular minta Akak interview...
Apa? eeeeUlar...Maaaaakkkk....tolooooggg ....
ulaaaaarrrr....takuuuutttt... Saya memang geli sangat kat ular...samalah macam Aznil Haji Nawawi...ala-ala selebriti gitu...
Jom tengok ...
Bukan saja boleh tengok rusa tetapi macam-macam lagi binatang ada kat sini...
Manisnya kenangan di Deerland Lanchang, Pahang
Selamat datang....
Akak dah sampai ke Deerland...
Wah! ramai nyer peminat... U minat I ke? ha? tak? huhuhu...
Durinya cam landak tapi...cute sangat....kecik jer selebar tapak tangan...Lupa lak nama dia..
Kalau nak makan lompat tinggi-tinggi ...(Rusa di beri makan keledek mentah,
x kembong perut pulak yek!...)
Ini anak Muda, masih baby...Nak shushu yer!!!
Comelnya Bear...macam kat kedai mainan jer...nak bawak balik boleh tak?alalala bucuk...manjanya..namanya Muda...hai Muda!
Tengoklah kenangan di Deerland Lanchang...
Terima kasih kepada En. Abdullah, Dato' Rosli dan Datin kerana sudi menerima kunjungan kami...
Best tau makan nasi dalam buluh berlaukkan ayam, sayur juga dimasak dalam buluh dan ikan talapia bakar dan sambal belacan.uhhhhh... hmmm...
Nak tau ...Lanchang terletak dalam Parlimen Temerloh ...Ahli Parlimen Yb Dato' Saifuddin Abdullah.
Adun Lanchang Yb Dato Haji Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Subscribe to:
Posts (Atom)