JOM JALAN-JALAN BERSAMA ROKIAH...JOM...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Menerusi rancangan "Kenali Pahang" yang saya terbitkan di Radio Malaysia Pahangfm pada setiap hari Khamis jam 9.15 pagi hingga 10.00 pagi , saya cuba ceritakan mengenai pengalaman meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Pahang yang bertuah ini...



Bila kita melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah, kita pastinya akan sentiasa bersyukur dan teramat sayang dengan khazanah kurniaan yang tidak ternilai harganya...



Rancangan ini diterbitkan dengan kerjasama PELANCONGAN Negeri Pahang ...terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Yb Dato' Haji Shafik Fauzan bin Shariff, juga kepada YH Dato' Haji Hashim b Mat Tahir Pengurus Lembaga Pembangunan Tioman, YH Dato' Haji Md Hanafiah b Abu Talib Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, En. Amran Abd. Rahman, Pengarah Tourism Malaysia negeri Pahang dan Tuan Haji Edros b Yahya Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Pahang dan kakitangan.



Terima kasih kepada Pengarah Penyiaran yang baru Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abd. Razak , Timbalan Pengarah Puan Zuraida dan mantan Pengarah Penyiaran Tuan Haji Fakrur Razi b Ismail. Harap anda tak jemu mengikuti perjalanan saya menerusi Kenali Pahang

di Radio Malaysia Pahangfm.



Alamat :

Jabatan Penyiaran Negeri Pahang,

Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) Peti Surat 152,

25710 Kuantan,Pahang Darul Makmur.



Tel :+609 - 514 5655+609 - 513 1655

Fax :+609 - 514 3613-5143621



Frekuensi Radio :

104.1 MHz dari Kuantan

107.5 MHz dari Pahang Barat( Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain.

92.7 MHz dari Jerantut

91.9 MHz dari Rompin

100.3 MHz dari Cameron Highlands

92.0 MHz dari Maran

Teruskan mendengar Radio Malaysia Pahangfm Satu Pilihan.



Pautan: http://www.tourismmalaysia.gov.my/my/events/default.asp http://www.utusan.com.my/

http://www.bharian.com.my/

http://facebook.com/kak.rok



Sunday, June 21, 2009

Ada lagi gambar


Tengok...En Rahimi menunjukan kehebatannya menjinakkan ular...

Amboi Cik Jah...seronoknyer!!!

Wah! hebatnyer Patonah...leh pegang ular..Nama ular ni Jessie...

Manjanyer Am ngan Muda tu...Nasib baik ada En Lah..

Nak kawan ngan rusa ke?


La.. kat Patonah pulak...agak-agak siapa lebih comel...Patonah ke burung tu...
Kali ini Amzari,Cik Halijah, En Rahimi dan Patonah lak posing ...

Banyak lagi gambar-gambar best


Apa tengok-tengok? macam tak pernah tengok rusa lak! (agaknya itulah kata hati si rusa)

Caya tak? ini mesti burung jantan...

Ini spesis tupai...
namanya Sugar Glider...kecilnya...

Tengok...Ular minta Akak interview...
Apa? eeeeUlar...Maaaaakkkk....tolooooggg ....
ulaaaaarrrr....takuuuutttt... Saya memang geli sangat kat ular...samalah macam Aznil Haji Nawawi...ala-ala selebriti gitu...
Jom tengok ...
Bukan saja boleh tengok rusa tetapi macam-macam lagi binatang ada kat sini...

Manisnya kenangan di Deerland Lanchang, Pahang

Selamat datang....

Akak dah sampai ke Deerland...

Wah! ramai nyer peminat... U minat I ke? ha? tak? huhuhu...

Durinya cam landak tapi...cute sangat....kecik jer selebar tapak tangan...Lupa lak nama dia..

Kalau nak makan lompat tinggi-tinggi ...(Rusa di beri makan keledek mentah,
x kembong perut pulak yek!...)

Ini anak Muda, masih baby...Nak shushu yer!!!

Comelnya Bear...macam kat kedai mainan jer...nak bawak balik boleh tak?alalala bucuk...manjanya..namanya Muda...hai Muda!

Tengoklah kenangan di Deerland Lanchang...

Terima kasih kepada En. Abdullah, Dato' Rosli dan Datin kerana sudi menerima kunjungan kami...
Best tau makan nasi dalam buluh berlaukkan ayam, sayur juga dimasak dalam buluh dan ikan talapia bakar dan sambal belacan.uhhhhh... hmmm...
Nak tau ...Lanchang terletak dalam Parlimen Temerloh ...Ahli Parlimen Yb Dato' Saifuddin Abdullah.
Adun Lanchang Yb Dato Haji Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Friday, June 12, 2009

Indahnya Tioman

Panas wei!!!! ....
x abis2 nak posing
Jom minum Ayu...
Hmmmmm...sedapnya...
Nak ke?
Nak dengar pengalaman saya dan rakan-rakan media di Tioman, ikuti rancangan Kenali Pahang Ahad ini 14 jun 2009 jam 8.15 pagi di Radio Malaysia Pahangfm.
Ada rakan dari Majalah Pelancongan, surat khabar cina, Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama, Star dan Sinar Harian.Terima kasih kepada Tourism Malaysia Negeri Pahang iaitu Pengarahnya En. Amran Abd. Rahman, Puan Rogayah dan lain-lain lagi yang membawa kami ke Pulau Tioman.Tengoklah gambar kami di Tioman.

Thursday, June 11, 2009

Ke Tioman Sempena Eco Challenge 2009


Ini masa nak balik...tunggu Feri....
Inilah dia Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga...Kat tengah tu dapat gelaran Iron Lady...Wah! perasaaaannn...

Merasa jugak naik pentas walaupun sekadar bergambar, takpe lah...betul tak ?
Kawan-kawanku...Ainal Marhaton dari Berita Harian, Wati dari Sinar Harian, Ayu dari Bernama dan Fatonah dari RTM Pahang Malam penyampaian hadiah bersama Ayu Bernama dan Fatonah Unit Berita Tv RTM

Monday, June 8, 2009

SEPANJANG PERJALANAN


Seriusnya Ainal tu...cari Nordin ke?...
Nak posing gak...Semakin gelap dan terbakar kulitku dek panas mentari di Tioman


Bersama Ayu dari Bernama dan Fatonah dari Unit Berita TV Rtm Pahang di Jeti Pulau Tioman..nak balik wei!!!!!

Bersama rakan-rakan Media dalam kapal Maritim sedang belayar menuju ke Pulau Tioman

Disebelah saya tu Puan Rogayah atau Gay orang kuat Tourism Pahang dan Puan Fauziah dari Tourism gak...

Pulau Tioman antara 10 buah Pulau tercantik di dunia. Sayangnya saya tidak berpeluang lagi untuk kesana walaupun boleh dikatakan hampir semua rakan saya dah pun menikmati keindahan Tioman.
Nak tau lagenda Tioman berasal daripada sepasang naga suami istri meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan si naga ni tertinggal kain cindai dan berpatah balik..Naga ni pantang dengar ayam berkokok ...tapi waktu tu ayam dah berkokok...jadi akibat daripada melanggar pantang...naga betina bertukar menjadi pulau sementara naga jantan bertukar menjadi gunung Daik...iaitu sebuah gunung yang ada di Pulau Tioman...tulah kesahnya...
Akhirnya masa yang dinanti tiba juga, saya akhirnya berpeluang juga untuk ke Tioman sempena Pra Pelancaran Sultan Ahmad Shah Internasional Echo Challenge Tioman-Bera 2009. pada 9 April 09 saya bersama rakan media yang lain ke Tioman bersama dengan Tourism Malaysia Pahang, kul 12.30 tengahari saya dan rakan teknik Rosniza menaiki kapal Maritim bersama-sama dengan Bos Tourism En. Amran Abd. Rahman, Puan Rogayah dan Puan Noni serta serta jemputan lain.
Teruja sangat kali pertama melihat laut yang membiru...Kami dudok di dek kapal sambil melihat keindahan alam semulajadi dan saya tak melepaskan peluang untuk membuat rakaman.
Kul 3 petang kami tiba di Pulau Tioman apalagi terus ke Taman Laut untuk snorkling termasuklah saya...Takut weh! tapi terjun gak...si luncai terjun ngan labu-labunya ...ikan-ikan kat situ mengerumuni kami...ada yang kena gigit...adui..
Esoknya Pra Pelancaran...saya membuat rakaman dan lintas langsung (live) temuramah ngan YM Left Kolonel Tengku Dato' Sri Kamaruzzaman Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar, Presiden Eco Challenge.Habis program kami melawat sekitar Tioman dan balik ke Kuantan kul 1250 tengahari menaiki kapal Maritim dan kali ini kami terkandas selama hampir 6 jam ditengah laut kerana air surut.Terima kasih Anggota Maritim dan Jabatan Laut.
Selama 6 jam terumbang ambing di laut akhirnya kami dipindahkan ke kapal Jabatan Laut dan kami akhirnya sampai di Jeti Tg. Gemuk jam 6.30 petang.
Tak serik weh! saya sekali lagi ke Tioman pada 7 - 10 mei 2009.

Saturday, June 6, 2009

INDAHNYA KENANGAN DI BERA


Tasek Bera
Habis tugas di konti jam 6.00 petang, saya dan rakan teknik Mahadi bergegas ke Bera untuk liputan program Eco Challenge 2009 Bera-Tioman yang diadakan di RAMSAR Tasik Bera.
Dengar pengalaman saya menerusi rancangan Kenali Pahang di Radio Malaysia Pahangfm hari ini ahad 7.6.09 jam 8.15 pg hingga 9.00 pagi.
Tempat-tempat Menarik di Tasek Bera
Terletak di barat daya Pahang, Tasek Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil. Dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut. Ekosistem Tasek Bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang Asli suku Semelai di sekitar kawasan tanah lembap.
Tasik ini menjadi fokus kajian saintifik dan dilindungi di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Kerajaan negeri sedang menguatkuasakan sebuah program 3 tahun dengan bantuan kewangan kerajaan Denmark dan bantuan teknikal dari Wetlands International Asia Pacific.
Waktu terbaik untuk melawat Tasek Bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini. Adalah dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat. Musim kering berlaku antara bulan Februari hingga April dan Jun hingga Ogos. Tasik ini dizahirkan oleh pemandangan air yang didominasi daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. Pelbagai spesies paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok, sementara batang-batang rotan berduri berlingkar di lantai hutan. Berdozen periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rumpunan ‘reed' dan hutan tebal di tengah tasik.
Tasik ini dan kawasan sekitarnya menjadi tempat pelindungan lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan. Kawasan hutan tanah rendah yang kaya dari segi biologi, dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti ‘jungle trekking' dan pemerhatian alam semulajadi.
Dipetik dari laman web rasmi Majlis Daerah Bera.
Pelancongan
Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia.
Tasik Bera, yang terdiri daripada tujuh lembah yang dibanjiri air sungai yang bersama-sama membentuk satu sistem tasik sungai berukuran 35 km kali 20 km dengan keluasan 6,150 hektar, adalah takungan air tawar terbesar di Malaysia.
Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia.
Hampir 100 spesies ikan air tawar, 200 spesies burung dan 68 spesies mamalia hidup di sini. Spesies-spesies yang diancam kepupusan termasuk gajah Asia, harimau belang, harimau dahan, badak cipan (tapir), Arowana Asia dan buaya julung-julung (Malayan gharial). Manakala keladi paya hanya boleh ditemui di Tasik Bera.
Terdapat dua musim hujan dan panas yang ketara di sini dengan musim hujan dialami dari April hingga Mei dan September hingga Januari. Paras air pula akan naik dan turun mengikut musim, daripada kedalaman satu meter semasa musim panas iaitu dari Februari hingga April dan Jun hingga Ogos, hingga tujuh meter semasa tempoh monsun.
Pada 1994, Tasik Bera menerima pengiktirafan antarabangsa apabila ia diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama di Malaysia. Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap merupakan satu perjanjian antara kerajaan bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari tanah lembah dan sumbernya.
Sejak itu, pelbagai undang-undang telah diperkenalkan untuk melindungi eko-sistem Tasik Bera yang mudah musnah. Kawasan teras tasik itu, yang terdiri daripada kira-kira 32 hektar, diklasifikasi sebagai Rizab Hidupan Liar di mana pelancongan berasaskan kepada alam semulajadi digalakkan bersama pembabitan masyarakat Semelai.
Bagi rekod, Malaysia kini mempunyai enam tapak Ramsar. Lima yang lain ialah Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai di Johor, kesemuanya diwujudkan pada 2003; Tanah Lembap Kuching di Sarawak (2005) dan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama di Sabah, yang menerima pengiktirafan itu baru-baru ini (29 Okt).
TARIKAN
Selama lebih 600 tahun, Semelai - satu daripada puak Orang Asli - telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semulajadi.
Hari ini, kira-kira 4,000 orang Semelai menetap di 14 kampung yang berselerak di sekitar tasik.
Kebanyakan mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan getah yang terletak berdekatan.
Dengan bantuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kaum Semelai telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berasaskan kepada masyarakat mereka yang dikenali sebagai Semelai Association for Boating and Tourism (SABOT), yang mengatur program homestay dan eko-adventur serta program kebudayaan bagi tetamu.
Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan termasuk:
TREKING HUTAN
Ketahui bagaimana sumber-sumber semulajadi hutan digunakan. Melihat bekas tapak kaki haiwan berlainan yang boleh ditemui di sekitar tasik termasuk harimau yang di ambang kepupusan, babi hutan, harimau dahan, beruang dan kancil.
Pemandu akan mengadakan demonstrasi bagaimana damar dikeluarkan daripada pokok Keruing; mereka melakukannya dengan memotong kulit pokok dan menyalakan api yang terkawal dalam lubang yang dibuat pada batang di mana damar akan mengalir keluar.
Damar, yang mengandungi unsur-unsur penting, pernah digunakan oleh pedagang Arab dan India untuk menyediakan wangian, lilin, perekat dalam membina bot dan sebagai bahan api untuk obor.
KENU
Helaian daun Pandanus menguasai pemandangan tasik, mewujudkan laluan air yang berselirat serta teluk-teluk terpencil. Bergerak senyap menerusi laluan air berliku-liku yang berselirat dalam kenu tradisi yang dikorek daripada kayu memberikan pelawat peluang terbaik untuk melihat haiwan yang bersembunyi atau yang tinggal di celah-celah daun.
MENANGKAP IKAN
Walaupun penangkapan ikan dibenarkan, bilangan tangkapan dihadkan. Pemandu memantau rapi kesemua ikan yang ditangkap untuk mengelakkan spesies jarang daripada pupus sama sekali. Mereka juga akan menunjukkan lebih 50 cara masyarakat Semelai menangkap ikan.
PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN
Kraftangan Semelai dianggap sebagai lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Tukang-tukar yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta kenu minatur serta model rumah-rumah Semelai.
Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi dan dompet yang cantik.
Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampung menari tarian tradisional 'sewang'.
PENGINAPAN
Persona Lake Resort menawarkan pelbagai chalet, bilik-bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan 'coffee house', tetamu boleh melakukan aktiviti mengayuh kayak dan treking hutan bersama pemandu tanpa sebarang bayaran tambahan.
Tapak Pengurusan Ramsar Tasik Bera mempunyai pejabat tapak berhampiran resort dan menjalankan taklimat percuma mengenai apa yang berlaku di tasik.
Bagi mereka yang mahukan adventur ala Indiana Jones, SABOT mempunyai beberapa kem hutan di pelbagai lokasi sekitar tasik bagi memudahkan pelawat bermalam.
Jika bernasib baik pelawat boleh melihat selayang pandang unggas air yang jarang boleh ditemui, kancil, landak dan banyak lagi. Kem-kem hutan yang terdapat itu ialah Kem Hutan Kampung Chenderung, Tapak Kem Kampung Sembilan, Tapak Kem Kampung Dato dan Tapak Kem Kampung Mikok.
Para tetamu juga boleh memilih untuk bermalam di rumah tradisional Semelai. Rumah itu, yang dibina mengikut tradisi Semelai dan dipanggil balai, boleh menampung sehingga 10 orang. Bagaimanapun ia hanya menyediakan kemudahan sebuah perigi, tandas di luar dan lampu minyak tanah untuk kegunaan pada waktu malam.
Satu lagi cara baik untuk menikmati kemesraan penduduk tempatan ialah dengan menyertai program homestay. Program homestay ini memberi peluang kepada pelawat untuk bermalam di sebuah rumah tradisional Semelai serta melalui kehidupan harian keluarga Semelai.
Jika pelawat memilih untuk berada lebih dekat dengan alam semulajadi dan mempunyai khemah sendiri, mereka boleh mendirikannya berhampiran rumah tradisi atau mana-mana khemah hutan. Perkhemahan dibenarkan di tapak resort.
BAGAIMANA UNTUK KE TASIK BERA
Dari Johor: Guna Lebuhraya Utara-Selatan. Keluar di Yong Peng dan hala ke Segamat. Di Segamat pusing kanan ke Laluan Persekutuan 12 (Route 12). Teruskan sejauh 60 km, dan belok kiri di Kampong Landak, terdapat papan tanda menunjukkan arah ke Persona Lake Resort di Tasik Bera.
Dari Kuala Lumpur: Ikut Laluan Persekutuan 2 (Route 2) (Jalan Kuantan). Pusing ke selatan di Temerloh dan masuk ke Laluan Pesekutuan 10 (Route 10). Belok kanan di Kerayong dan ikut tanda jalan menunjukkan arah Tasik Bera.
Dengan keretapi: Turun di stesen Triang. Buat temujanji dengan Persona Lake Resort (Tel: 609-5135566, Faks: 609-5130510) atau SABOT (6013-2865367) untuk menjemput anda.
Dengan bas: Khidmat bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Temerloh boleh didapati di stesen bas Pekeliling di Jalan Tun Razak (bersebelahan stesen Titiwangsa LRT/monorel). Di Temerloh, buat temujanji dengan Persona Lake Resort atau SABOT untuk menjemput anda.
Perlu diakui Tasik Bera memang lain sama sekali. Bagi pengembara yang mencintakan alam sekitar dan mahukan peluang unik untuk melihat dan mengalami persekitaran semulajadi dan adat resam tempatan, Tasik Bera memang destinasi yang menarik.
Imej indah Tasik Bera akan kekal dalam minda mana-mana pelawat. Jadi, jika anda meminati eko-pelancongan, maka pastinya Tasik Bera pilihan paling sesuai.
Dipetik dari laman web Tourism Malaysia.